"MENGAPA GPS PHONE SAYA TAK BERFUNGSI DAN KADANG-KADANG ERROR?"
Global Positioning System atau lebih sinonim dengan nama GPS merupakan sistem navigasi yang menggunakan satelit yang kini telah digunakan dalam pelbagai peranti dari smartphone, tablet, kereta, motosikal, kapal terbang, kapal laut dan sebagainya.
Dengan adanya GPS, ini dapat memudahkan semua pengguna untuk mencari destinasi atau lokasi yang diinginkan. Bukan setakat tu sahaja, GPS juga dapat bantu penggunanya dengan memaparkan maklumat destinasi dengan lengkap serta direction ke destinasi tersebut.
Sekarang ni kita dah diperkenalkan dengan macam-macam aplikasi seperti Google Maps, Waze, HERE Maps dan sebagainya. Aplikasi-aplikasi tersebut yang menggunakan GPS membantu para pemandu kereta atau penunggang motosikal menuju ke destinasi yang diinginkan.
Tapi biasanya hal yang paling annoying bila ketika GPS phone korang hang atau freeze waktu kita perlu tengok maps atau location yang kita nak tuju. Selain faktor hardware, biasanya sistem operasi dalam phone juga menentukan GPS untuk beroperasi dengan sempurna.
Kebiasaanya smartphone yang murah-murah akan hadir dengan chipset yang biasa dan akan memiliki GPS yang akan kerap menunjukkan error. Sementara tu, sistem operasi atau OS yang mempunyai bug pun boleh jadi punca GPS tidak berfungsi dengan baik. Dan untuk atasi masalah-masalah tersebut, mungkin cara penyelesaian di bawah dapat bantu sikit atasi masalah GPS ni.
1) OFF dan ON semula location pada phone
Boleh pergi ke aplikasi Settings > pilih Advanced Settings > pilih Location Access > pada Location Mode, korang boleh 'off'kan Access My Location dan 'on'kan balik. Nota tambahan, korang boleh pilih 'Use GPS, WiFi and Mobile Networks' pada Location Mode untuk dapatkan signal GPS yang lebih kuat.
Selain tu, korang juga boleh buka menu 'Notification' dengan slide dari atas ke bawah skrin. Seterusnya, korang boleh 'off'kan button 'Location' dan 'on'kan semula.
2) Clear Cache dan Data aplikasi-aplikasi berkaitan dengan penggunaan Maps
First sekali, boleh pergi ke Menu Settings > All Apps > pilih apps berkaitan dengan penggunaan GPS seperti (Google Maps, Waze dan sebagainya) > pilih Storage > pilih Clear Cache dan Clear Data untuk bersihkan sistem maklumat yang error
3) Uninstall dan Install kembali Apps
Kalau selepas Clear Cache dan Clear Data pun tak jadi juga, korang boleh melakukan proses Uninstall Apps yang menggunakan GPS seperti Google Maps, Waze dan sebagainya. Setelah Uninstall, korang boleh Install kembali apps tersebut melalui Google Play Store.
Kalau semua cara di atas masih tidak membantu, korang boleh bawa phone korang ke cawangan Gila Gadgets Hulu Langat untuk kami bantu. Technician berpengalaman kami boleh bantu selesaikan masalah GPS korang.
Jangan lupa follow kami di Facebook dan Instagram Gila Gadgets. Kalau nak cuci-cuci mata tengok aksesori phone, boleh singgah di Shopee Gila Gadgets okay!



Comments
Post a Comment