APA PENYEBAB PHONE KORANG JADI "BOOTLOOP"? INI JAWAPANNYA...

 

Sumber gambar: Norebbo

Pernah tak alami situasi bila korang 'switch on' phone dan lepas tu phone stuck pada logo dan on secara berulangkali dengan sendiri tanpa henti? Dan masih stuck pada logo bila phone on secara berulangkali? Itulah situasi yang dipanggil sebagai Bootloop.

Bootloop adalah salah satu masalah yang sering terjadi pada phone. Tak kira Android atau iPhone, masalah Bootloop tetap boleh berlaku. Bootloop merupakan masalah yang menunjukkan tanda-tanda gagal untuk memasuki sistem setelah kita reboot phone kita.

Kalau phone korang ada masalah Bootloop, jangan takut dan jangan panik! Jangan terus rushing pergi kedai repair phone sebab nak atasi masalah tu. Silap hantar kedai nanti banyak pula modal kena keluar. Rilek dulu guys...

Bootloop dibahagikan dalam dua jenis kategori iaitu jenis 'Light Bootloop' dan 'Hard Bootloop'. 'Light Bootloop' ni jenis yang berlaku sementara je. Bootloop ni boleh diatasi tanpa menggunakan atau memerlukan peranti lain untuk atasi masalah Bootloop ni contohnya seperti laptop atau PC.

Manakala untuk 'Hard Bootloop', masalah Bootloop ni akan berlaku secara kekal di mana phone korang akan sentiasa reboot berulang kali walaupun korang dah cuba pelbagai cara untuk atasi masalah tu. Bila phone korang dah macam tu, phone korang tak boleh masuk ke dalam sistem lepas reboot.

Penyebab Bootloop boleh berpunca dari phone korang ada error pada bahagian sistem. Contohnya, kalau korang buat proses root pada phone, pasang custom rom, membuang file sistem yang penting untuk phone korang berjalan dengan smooth dan sebagainya. Ramai antara pengguna yang dah root phone, selalu buang atau edit file sistem yang penting dalam phone akibatnya file-file tersebut telah berubah dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna maka terjadi lah Bootloop.

CARA ATASI MASALAH BOOTLOOP

1) Buat hard reset

  • Kalau phone korang dah mula alami masalah Bootloop, buat hard reset dengan kadar segera takut gejala Bootloop ringan jadi lebih teruk kalau dibiarkan.
2) Padam apps yang mencurigakan dalam phone
  • Padam apps yang mencurigakan dalam phone korang. Digalakkan untuk pasang antivirus supaya dapat tolong detect files atau apps yang berbahaya dalam phone. Sentiasa periksa phone korang takut ada malware/virus yang mampu merosakkan phone korang.
3) Sentiasa update software yang latest dalam phone
  • Sentiasa update software yang latest dalam phone korang sebab update-update tersebut merupakan penambaikan atau penambahbaruan daripada software yang lama.
Kalau korang masih lagi tak dapat atasi masalah Bootloop tu dengan sendiri lepas dah cuba macam-macam cara, boleh datang ke Gila Gadgets untuk kami bantu. Lebih-lebih lagi yang duduk sekitar Hulu Langat tu boleh terus datang ke Gila Gadgets Hulu Langat untuk selesaikan masalah phone korang.

Comments